10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi (Dalam Pembinaan)

RAMAI tahu pencakar langit tertinggi di dunia hari ini adalah Burj Khalifa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pesaing daripada lain-lain struktur maju yang sedang dalam pembinaan. Di bawah adalah senarai 10 bangunan pencakar langit tertinggi yang pada masa ini dalam peringkat pembinaan.

1. Zhongguo Zun, Beijing, China

Zhongguo Zun, Beijing, China

Ketinggian: 1,732 kaki.

Pencakar langit ini sedang dibina di Central Business District of Beijing dan dijangka siap pada tahun 2016. Zhongguo Zun dinamakan sempena “Zun” yang merupakan kapal wain Cina yang memberikan inspirasi kepada nama tersebut. Ia direkabentuk mengandungi 108 tingkat dan akan menjadi bangunan tertinggi di seluruh bandar Beijing.

2. CTF Tianjin Tower, Tianjin, China

CTF Tianjin Tower Tianjin China

Ketinggian: 1,739 kaki.

Menara Tianjin ini muncul pada tahun 2012 apabila jurutera mula merancang pembinaannya. Pelan ini adalah untuk ia mempunyai 96 tingkat dan khusus berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan angin lintang supaya ia akan dapat menahan apa-apa jenis gempa bumi di sekitar kawasan itu. 350 bilik hotel 5-bintang akan terletak di bahagian atas bangunan dan juga pejabat-pejabat serta 300 pangsapuri. Pembinaannya dijangka siap pada 2018.

3. Chow Tai Fook Centre, Guangzhou, China

Chow Tai Fook Centre Guangzhou China

Ketinggian: 1,739 kaki.

Perancangan untuk menyiapkan Chow Tai Fook Center ini (juga dikenali sebagai Guangzhou East Tower) adalah pada tahun 2017. Terdapat 111 tingkat dalam bangunan ini dan ia akan menjadi Menara Berkembar Guangzhou kedua dirancang yang menghadap Sungai Pear dan bandar.

4. One World Trade Center, New York, USA

One World Trade Center New York USA

Ketinggian: 1,776 kaki.

One World Trade Center yang sebelum ini dikenali sebagai Freedom Tower akan menjadi struktur utama baru kompleks New World Trade Center di kota New York. Menara itu sendiri sebenarnya telah siap pada 10 Mei tahun 2013 tetapi ia adalah sebahagian daripada kompleks yang akan terdiri daripada tiga bangunan pencakar langit. Bangunan ini akan menjadi 104 tingkat tinggi.

Bangunan tertinggi ke-4 di dunia ini dan ia akan dibina di sebelah bekas 6 Pusat Dagangan Dunia. Diilhamkan oleh perjanjian 1776 United States Declaration of Independence, bangunan ini dengan ketinggian 1,776 kaki tinggi.

5. Lotte World Tower, Seoul, South Korea

Lotte World Tower, Seoul, South Korea

Ketinggian: 1,824 kaki.

Bangunan ini dirancang yang tertinggi dengan dek pemerhatian setinggi 125 tingkat. Ianya telah dimulakan pada bulan November 2011 dan dijadualkan siap pada tahun 2015. Ia dibina dengan pendekatan reka bentuk kon langsing dan sisi cembung melengkung dan bertujuan menempatkan kedai runcit, kediaman, pejabat dan hotel mewah dengan akses awam.

6. Goldin Finance 117, Tianjin, China

6. Goldin Finance 117, Tianjin, China

Ketinggian: 1,959 kaki.

Pada tahun 2008 bangunan China kedua tertinggi, Goldin Finance 117 mula dibina dan telah merancang untuk mempunyai 117 tingkat. Pembinaan bangunan ini terhalang dan tergantung untuk satu jangka masa pada Januari 2010 tetapi akhirnya kembali disambung pembinaannya. Ia dijadualkan siap pada 2015.

7. Shanghai Tower, Shanghai China

Shanghai Tower, Shanghai China

Ketinggian: 2,073 kaki.

Shanghai Tower atau “Shanghai Central Tower” ini sedang dibina di Luijazui, Pudong, Shanghai. Menara ini dijangka siap sekitar tahun 2014 dan akan mempunyai 121 tingkat. Jin Mao Tower dan Shanghai World Financial Center adalah dua daripada bangunan tertinggi di Pudong, tetapi Shanghai Tower ini akan menjadi yang paling tinggi.

8. Wuhan Greenland Center, Wuhan, China

Wuhan Greenland Center, Wuhan, China

Ketinggian: 2,087 kaki.

Satu pertandingan reka bentuk Greenland Group pertama kali dibuat untuk reka bentuk menara ini. Menjelang Jun 2011 pertandingan berakhir apabila Adrian Smith + Gordon Gill Architects dan jurutera Thornton Tomasetti telah memenangi peluang untuk bekerjasama dalam merekabentuk bangunan ini. Ianya akan mempunyai 125 tingkat dengan ciri teknologi penjimatan tenaga dan dijangka akan siap menjelang 2017.

9. Ping An Internation Finance Center, Shenzhen, China

Ping An Internation Finance Center, Shenzhen, China

Ketinggian: 2,165 kaki.

Ping An Internation Finance Center dijadualkan siap pada 2016 dan akan mempunyai 115 tingkat. Ianya sedang dibina di Shenzhen, Guangdong. Apabila selesai, ia dijangka menjadi struktur tertinggi ke-3 di dunia. Ia akan mengandungi sebuah kompleks bangunan dengan jambatan bertujuan untuk menyambung kemajuan akan datang.

10. Kingdom Tower, Jeddah, Saudi Arabia

Kingdom Tower, Jeddah, Saudi Arabia

Ketinggian: 3,281 kaki.

Menara ini dijangka menjadi tumpuan utama dan permulaan kemajuan Kingdom City. Kingdom Tower kini sedang dibina di sepanjang Laut Merah dan akan menjadi bangunan yang tertinggi di dunia. Namun telah ada satu pengecilan di menara yang telah membawa ia turun dari 1 batu tinggi awalnya disebabkan ia berada dalam keadaan geologi tidak menentu.

Beberapa kemungkinan mengatakan bahawa usaha ini adalah sukar dipercayai. Namun dengan teknologi yang bertambah maju tahun demi tahun, umat manusia kini ingin berkembang dan mencapai ketinggian baru seiring masa berlalu.
 

Kongsi pendapat anda