10 Manfaat Bersugi

Umum diketahui bahawa bersugi merupakan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sudah pastinya segala apa yang dilakukan oleh Baginda tentunya baik untuk kita.

Salah satunya adalah dengan bersugi. Tahu tak sebenarnya bersugi adalah salah satu daripada sunat wuduk tetapi umumnya ia tidak lagi diberi perhatian. Sedangkan jelas dalam riwayat hadith ada mengatakan solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi.

bersugi

Artikel kali ini adalah tentang manfaat bersugi.

  1. Membersihkan mulut.
  2. Menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t.
  3. Menyebabkan kemarahan syaitan.
  4. Allah s.w.t dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi.
  5. Menguatkan gusi.
  6. Menghilangkan gelema.
  7. Mewangikan mulut.
  8. Menghapuskan safra’ (sejenis penyakit).
  9. Menguatkan pandangan mata.
  10. Menghilangkan bau busuk mulut.

Para ulama juga telah mencatatkan bahawa terdapat 70 kali faedah dalam bersugi antaranya dapat mengucap dua kalimah syahadah ketika meninggal dunia.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda