10 orang pelakon bakal gegarkan Gempak Superstar

Seramai 10 orang pelakon tanah air menyahut cabaran untuk menyanyi dalam program terbaru terbitan Astro, Gempak Superstar.

Program berkonsepkan pertandingan nyanyian ini disertai oleh lima pelakon lelaki iaitu Nazim Othman, Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin dan Arja Lee. Manakala lima pelakon wanita pula terdiri daripada Tasha Shilla, Raja Ilya, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim dan Siti Elizad.

Peserta Gempak Superstar

Di Gempak Superstar juga ada empat nama besar iaitu Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik dan vokal, Datin Marlia Musa dan Pat Ibrahim (penasihat drama) dan Hanafi Rosdi (penasihat koreografi).

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 manakala naib juara RM25,000 dan tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000.

Gempak Superstar bakal dihoskan oleh Scha Al Yahya dan Sharnaaz Ahmad.

Kongsi pendapat anda