10 pelakon lelaki terima bayaran tertinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dwayne “The Rock” Johnson disenaraikan sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia dengan $64.5 juta (RM259 juta) sekaligus merampas kedudukan yang dipegang oleh Robert Downey Jr selama tiga tahun berturut-turut.


Bekas bintang gusti berusia 44 tahun itu menggandakan pendapatannya menerusi wataknya dalam filem aksi komedi Central Intelligence, siri ke-8 francais Fast & Furious, serta filem akan datang Baywatch.

Kejayaan itu diabadikan oleh The Rock melalui akaun Twitternya dengan mengimbau permulaan kariernya sebagai anak seni dengan hanya mempunyai tujuh dolar:

Berikut merupakan 10 pelakon lelaki yang menerima bayaran tertinggi di dunia tahun ini:

1. Dwayne Johnson – $64.5 juta (RM259 juta)

2. Jackie Chan – $61 juta (RM245 juta)

3. Matt Damon – $55 juta (RM221 juta)

4. Tom Cruise – $53 juta (RM213 juta)

5. Johnny Depp – $48 juta (RM193 juta)

6. Ben Affleck – $43 juta (RM173 juta)

7. Vin Diesel – $35 juta (RM140 juta)

8. Shah Rukh Khan – $33 juta (RM132 juta)

9. Robert Downey Jr. – $33 juta (RM132 juta)

10. Akshay Kumar – $31.5 juta (RM126 juta)

Jennifer Lawrence mendahului senarai bagi kategori pelakon wanita dengan jumlah bayaran $46 juta (RM185 juta), lebih rendah berbanding Johnson.

Kongsi pendapat anda