12 lagu Final Muzik-Muzik 32

12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung Februari depan.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi. 

Dua belas lagu itu ialah Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel), Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri,

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Kongsi pendapat anda