12 Maut di Pusat Karaoke Inul Vizta Manadodi

Pada ahad yang lalu, dilaporkan seramai 12 orang terbunuh manakala 71 lagi cedera dalam kebakaran tersebut. Kejadian berlaku kira-kira jam satu pagi di pusat karaoke, Inul Vizta Manadodi yang terletak di tingkat tiga sebuah kompleks.

Ketika kejadian, rata-rata pengunjung tidak menyedari kebakaran yang berlaku kerana asyik berhibur dan kemudiannya melarikan diri setelah menyedari api mulai marak.

Inul Vizta Manado Terbakar

Berikut nama-nama pengunjung yang maut berdasarkan maklumat Kompas.com di RS Prof Kandou Malalayang:

1. Sukardi, alamat Wonasa Tengah, Lingkungan 6
2. Rendi Korompis (Paal 2 Pasar Segar)
3. Cici Wonok (Desa Tumani Jaga 4, Tompaso Baru)
4. Riyani Walalangi (Desa Tumani Jaga 4, Tompaso Baru)
5. Rendy (Karyawan Kimia Farma)
6. Sinta Sajow (Desa Koka Jaga 1, Tombulu)
7. Claudia Wowor (Desa Tamblang, Tompaso Baru)
8. Fredi Kalalo (Karombasan)
9. Yani Langi.

Sementara itu, tiga mangsa lainnya, iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan, masih belum diketahui identitinya. Difahamkan ramai yang terperangkap kerana pusat karaoke tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar dan menyebabkan mangsa mengambil keputusan terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dibawa ke Hospital Kandou Malalayang, Manado.

Kongsi pendapat anda