1,400 laman sesawang ditutup dan disekat SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menutup dan menyekat sekurang-kurangnya 1,400 laman sesawang di negara ini selepas menerima laporan daripada pelbagai pihak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery berkata, meskipun Putrajaya berpegang kepada prinsip kebebasan media, ia seharusnya tidak menjangkaui batasan perundangan.

Shabery Cheek

“Kita mempunyai 15 juta akaun Facebook di Malaysia. Ada pengguna gunakan nama samaran. Sukar untuk kita kenalpasti,”

Shabery berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dari Barisan Nasional (BN) berhubung isu kebebasan media di negara ini. Shabery mengakui, kebebasan Internet adalah salah satu karekter dalam menjadi sebuah negara maju, namun ia perlu berlandaskan prinsip perundangan.

Kongsi pendapat anda