2 Ayat Al Quran yang Donald Trump Dengar Semasa Majlis Perasmian

Seorang Imam dijemput untuk doa pelbagai agama menandakan perasmian Donald Trump telah menggunakan peluang untuk membaca beberapa ayat-ayat al-Quran untuk memberi mesej yang kuat kepada presiden ke-45 Amerika Syarikat.

Dua ayat yang dibaca adalah Ayat 13, Surah Al Hujarat dan Ayat 22, Surah Ar-Rum

Terjemahan Ayat 13, Surah Al Hujarat

“O mankind, We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted..” – Surah Al-Hujarat, Verse 13

““Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Terjemahan Ayat 22, Surah Ar-Rum

“And of His signs is the creation of the heavens and the earth and the diversity of your languages and your colors. Indeed in that are signs for those who have knowledge.” – Surah Ar-Rum, Verse 22

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”

Semoga dia dapat hidayah dari Allah swt.

Kongsi pendapat anda