2 maut dihempap kren

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam pada kita sedang riang gembira kerana hujung minggu yang bakal menjelma, telah disampaikan kepada penulis tentang kejadian 2 orang maut setelah kereta yang mereka naiki dihempap oleh sebatang kren bagi kerja-kerja pembinaan.

kereta-3

Insiden ini melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun dan
perempuan warga Indonesia berusia 56 tahun.

Maklumat mangsa:
1. Abd Rahim B Abd Rahman – Warganegara Malaysia – 61 thn
2. Nurhayati – Warganegara Indonesia – 56 thn

Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, kren tersebut tumbang dan menghempap kereta ienis Perodua Axia itu yang sedang melalui kawasan pembinaan di Jalan Meru pada petang Jumaat tadi.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia serta-merta kerana kecederaan yang parah di bahagian kepala.

kereta-1 kereta-2

Kongsi pendapat anda