2 Roket M75 dilancarkan briged Al Qassam

Pada jam 9 malam waktu tempatan, 2 lagi roket M75 berjaya dilancarkan Briged Izzudin AlQassam ke atas Tel Aviv. Selain itu pihak penjajah Israel melaporkan mereka kehilangan 13 orang pagi tadi di Hayyu Syujaiyyah.

Ini merupakan hari peperangan yang ke 13 di Gaza. Pembunuhan besar-besaran di Hayyu Syujaiyyah sehingga kini masih tidak berhenti dengan bom meriam dan roket pesawat penjajah Israel yang membedil tanpa henti.

Roket M75 Briged Al Qassam

Manakala Israel mengiktiraf laporan bahawa kesemua 7 tentera yang berada dalam kenderaan pengangkut tentera yang ditembak oleh AlQassam dengan peluru anti tank.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan rakyat di Gaza dan semoga serangan ini akan dihentikan secepat mungkin.

Kongsi pendapat anda