20 fakta Hafiz Mansor tentang Perlis dikecam Netizen

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Heboh satu Malaysia bila pengasas Coolhijab, Hafiz Mansor memberi 20 fakta penting tentang kemajuan Negeri Perlis di facebook. Ramai yang terlampau marah & buat report pada facebook sampaikan FB miliknya ditutup habis. Sedangkan Hafiz Mansor merupakan anak jati Perlis dan tujuan utama menyenaraikan 20 fakta tentang Perlis supaya negeri kelahiran lebih maju berbanding sekarang.

Antara fakta yang tidak boleh diterima orang ramai:
1. Perlis mempunyai 2 menteri besar. Walaupun ada menteri besar baru, ia masih dimonopoli bekas menteri besar dalam semua majlis
2. Bila korang datang perlis, hati-hati ketika memandu kerana jalan yang lurus jangan disangka ada divider bengkok. Banyak yang dah mati sebab jalan lurus tetiba dibuat divider bengkok untuk masuk ke simpang atau u-turn. Ni paling jilake. tak belajar buat jalan dari negeri2 lain ke?

3. Taman ular dah macam muzium dinosour. Ular2 banyak kurus dan tinggal rangka. Tak pasti sama ada kurang makan atau mereka melalui program diet bersama Kevin.

4. Taman burung yang tiada burung. Banyak burung yang dah kembali ke rahmatullah dan ianya begitu teruk sekali untuk tatapan pelancong. Jadi, di Perlis ia menggunakan konsep jagalah burung sendiri. Jinak2 burung merpati, jinak lagi burung sendiri.

5. Kawasan chalet ke Air Terjun Bukit Ayer sesuai untuk penggambaran filem kuntilanak sesat di hutan. Kawasan yang dahulunya cantik untuk tempat pelancongan dah terbiar berlalang. Bohsia bohjan nak beromen pun seram apatah lagi hantu nak tinggal situ.

6. Projek ladang anggur dah jadi tempat ladang ternakan serangga, lalang dan lipan rasanya. Tiada lagi pelancong dapat rasa anggur Perlis kecuali beli anggur di Giant. Buat projek, dapat geran, blah.

7. Wang Kelian dah jadi macam kawasan perang Vietnam. Sunyi sepi. Tiada lagi urusan bebas jual beli setiap hari Ahad. Kerana egonya pengurusan negeri Perlis, Thailang mengetatkan untuk ke sempadan dengan perlunya pasport atau border pass. Dulu tak perlu. Orang Thai boleh beli barang di Perlis dan Orang Malaysia boleh pergi ke Thailang sehingga 2 kilometer sahaja.

8. Solat berjemaan di masjid tiada doa oleh imam selepas berjemaan. Doa sendiri2. Dalam bacaan contohnya seperti solat subuh, bismillah mesti baca perlahan oleh imam sebelum surah Al-Fatihah dibaca dengan kuat.Tiada doa Qunut ketika solat subuh.

9. Jika beli barang di Padang Besar, elakkan cakap KL kalau tak nak kena kapak harga. Harga baju dan seluar akan jadi lebih mahal dari Pasaraya Giang atau Tesco. Hang cakap KL, siapla.

10. Selepas 10 malam, kebanyakan kawasan akan sunyi di aman kedai makan banyak tutup kecuali di kawasan Arau atau Kuala Perlis yang banyak pondan dok berkaraoke lagu madah berhelah di kawasan jeti.

11. Budak muda laki pompuan lepak di highway Arau sehingga ke Kuala Perlis untuk tengok geng2 motor, teraba dan bertonggengjawab. Lepak sampai jam 3 pagi kecuali hujan lebat.

12. Kebanyakan kampung penuh dengan ladang ketum yang sihat dan segar daunnya. Dulu penuh pokok mempelam. Sekarang tanah ketum sebab ianya lebih lumayan. Orang perlis kaya2 dan banyak rumah besar.

13. Hati2 dengan papan tanda buah harum manis. Ada yang betul dan ada yang kelepet. Klau tengok ada raga tulisan siam, hati2 dan jangan beli. Menipu semua tu kata harum manis. Semua mangga Thailand. Nak beli, cari kat Sungai Batu Pahat.

14. Orang perlis kaya dengan masa. Banyakkan istighfar bila korang memandu di sana. Pandai2 lah hang potong kereta atau motor bila nak laju. Depa sangat rileks bawak kenderaan dalam 40-60km/j

15. Hati2 memandu sebab kiri kanan jalan ditanam pokok jati yang kayunya sangat pawer kerasnya. Kalau hang terbabas, susah nak hidup kalau ikutkan rekod setakat ni. Dah boleh tebang pokok jati tu buat perabot dan baik tanam pokok pisang kat tepi jalan.

16. Gua kelam yang semakin kelam. Kawasan gua batu kapur menjadi tempat mandi manda tidak dijaga dengan baik. Tiada marketing menarik pelancong. Takut ulaq baq hang.

17. Bangunan, masjid, tiang, jambatan, jamban kebanyakan dicat dengan warna kuning biru. Hudoh sikit la. Tka nampak moden. So, hang jangan nak pelik. Nasib baik bendera Perlis bukan warna hitam.

18. Ladang tebu mula menjadi ladang kenaf. Apa jadah okok kenaf ni? Hang google la sendiri pokok tu macamana dan apa kegunaan dia. Pokok tebu semakin berkurangan sikit demi sedikit.

19. Tak banyak restoran mamak disekitar kawasan Pelis kecuali di Arau sahaja yang hidup. Mamak yang lain2 dah bungkus balik kampung sebab orang Perlis tak makan kedai mamak. Yang dok makan kat Arau tu semua student luar yang suka air tangan mamak.

20. Perlis tiada tol walaupun highwaynya berombak-ombak. Slow2 sikit bawak kat highway takut terbang dalam sawah.

Kongsi pendapat anda