20 Rakyat Palestin Terbunuh

Keganasan tentera Zionis semakin menjadi jadi apabila bedilan peluru Israel membunuh sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin di sebuah kejiranan di Gaza hari ini dan ribuan penduduk melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa, menurut pegawai kesihatan dan saksi.

Serangan Israel terhadap Gaza

Kanak kanak antara mangsa kezaliman tentera Zionis

Hospital Shifa yang agak sesak kerana dipenuhi dengan puluhan mereka yang cedera dalam serangan di Shejaia, kira-kira tiga kilometer dari sini.

Rakaman video yang diberikan kepada Reuters oleh penduduk tempatan menunjukkan sekurang-kurang 12 mayat, termasuk tiga kanak-kanak, bergelimpangan di atas jalan.

Di hospital itu, warga emas menyatakan serangan Israel kali ini paling hebat pernah disaksikan mereka sejak Perang 1967 apabila Israel menawan Gaza.

Kongsi pendapat anda