22 pelajar, 2 warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, tujuh cedera membabitkan enam pelajar termasuk orang awam manakala 11 selamat.

Punca utama kemungkinan dipercayai litar pintas dan ubat nyamuk.

Katanya, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian dan akan memaklumkannya dalam tempoh dua hingga tiga hari.

sumber : sinarharian.com.my

Kongsi pendapat anda