25 tuduhan terima RASUAH bagi 8 pegawai Kastam

Pengarah kastam Kuala Lumpur antara pegawai kanan kastam didakwa menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Lapan pegawai kanan kastam didakwa dengan 25 tuduhan menerima rasuah berjumlah antara RM200 dan RM7,000 bagi penyeludupan minuman keras. Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

SPRM

Enam pegawai didakwa di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin sementara dua lagi dituduh di hadapan Hakim Allaudeen Ismail. Semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Hakim membenarkan mereka diikat jamin antara RM5,000 dan RM20,000. Sebutan semula ditetapkan pada 10 November depan.

Kongsi pendapat anda