3 Perkara Yang Dikasihi Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Penulis doakan agar selalu sihat dan sejahtera.

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dimana ianya dipanggil Penghulu Hari. Jadi pada hari yang mulia ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang beberapa perkara yang disukai oleh Allah s.w.t.

hari-jumaat

Cuba cakap siapa je yang taknak dirinya disukai Allah s.w.t? Mesti semua nak kan. Jadi jom baca.

Daripada Saad bin Abi Waqas RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda ‘sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yang bersifat taqwa, kaya serta tidak menonjolkan diri’ -Hadith Riwayat Muslim-

Kalau kita amati betul-betul hadith ini, Allah s.w.t telah menyatakan dengan jelas tentang tiga perkara yang disukai olehNya :

  1. Bersifat taqwa – Sentiasa takut kepada Allah s.w.t
  2. Kaya – Kaya ini ialah kaya jiwa
  3. Tidak menonjolkan diri – Sentiasa merendah diri

Huraian hadith :

  1. Hadith ini menunjukkan kelebihan ‘uzlah’ iaitu mengasingkan diri daripada manusia dan hidup bersendirian akan timbulnya fitnah dalam masyarakat dan ianya tidak mampu untuk kita ubah, atau tegur, atau baiki. Tetapi jika ada peluang untuk menyuruh manusia berbuat kebaikan maka hidup bermasyarakat adalah lebih baik.
  2. Setiap manusia hendaklah memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat ini secara berperingkat.

Ini sahaja perkongsian daripada penulis.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda