4 bilik hotel dengan design luar biasa untuk percutian yang hebat

Bilik Poseidon

Bilik di atas daratan sudah menjadi kebiasaan, bagaimana pula kalau resort yang di bina bawah air dan memberikan anda pengalaman yang unik ini. Sambil merehatkan diri dalam bilik anda boleh menikmati pemandangan menarik di dalam air seperti tinggal bersama-sama dengan pelbagai hidupan air.

Resort ini terletak di Fiji.

Resort Poseidon

 

Bilik bersama Girafah!

Satu lagi pengalaman unik apabila girafah yang berada di kawasan percutian ini akan bersama-sama dengan anda untuk menikmati hidangan makan malam anda. Pasti pengalaman yang mungkin mengerikan bagi sesetengah pihak. Itu adalah apa yang ditawarkan oleh sebuat resort di Kenya yang diberikan nama Nairobi.

Konsep yang di anjurkan membolehkan anda memberi makanan kepada girafah yang berada di sana terus dari meja makan anda.

Bilik hotel girafah

Hotel ulat buku

sekiranya anda seorang ulat buku dan seringkali mengidamkan percutian di dalam sebuah perpustakaan, bilik yang ditawarkan di hotel ini menghampiri idaman anda tersebut. Terdapat rak buku dengan buku-buku yang boleh di baca dalam bilik hotel anda.

Setiap tingkat mempunyai topik-topik buku yang berbeza, terdapat sekitar 6000 buku dalam hotel yang terletak di tengah bandar Manhattan.

Hotel perpustakaanBilik Winter Wonderland

Bilik hotel yang dibuat dengan ais dan salji ini memberikan anda pengalaman untuk berada dalam sebuah bilik seperti puteri di dalam cerita Frozen. Sekiranya anda peminat movie tersebut, ini pastinya pengalaman yang sangat berbeza.

Adakah kita mampu untuk memakai baju tidur seperti biasa? atau akan tidur dengan jaket tebal dan selimut tebal disebabkan suhu yang rendah. Hotel De Glace ini terletak di Quebec.

Bilik hotel salji dan ais

Kongsi pendapat anda