4 Ciri Sahabat

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Tajuk hari ini ringkas sahaja sebab ada ceritanya. Pagi tadi penulis dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Tapi sebelum itu memang dah perasan minyak petrol tinggal cukup-cukup untuk sampai ke tempat kerja, tapi tak tahu pula akan kehabisan di tengah jalan.

sahabat-sejati

Memandangkan tempat kerja pun semakin hampir jadi penulis pun meminta tolong rakan sepejabat untuk membelikan minyak petrol. Tanpa melengahkan masa beliau terus membelikan minyak petrol dan penulis menunggu hampir 30 minit. Akhirnya alhamdulillah penulis pun selamat sampai di pejabat walaupun agak lewat.

Jadi artikel kali ini adalah tentang ciri- ciri sahabat yang kita perlukan :

Pendengar yang baik

Dia akan selalu mendengar segala keluh-kesah dan masalah kita, dan tidak akan pernah untuk menghukum kita akan tetapi Dia juga sampai sanggup mengorbankan waktunya untuk mendengar keluhan kita.

Selalu jujur pada kita

Jika dia adalah teman sejati kita, dia pasti akan selalu berkata jujur pada kita. Dia juga tidak akan sesekali menikam kita dari belakang. Selain itu dia juga akan memberikan kata-kata yang jujur setiap kali kita memerlukannya.

sahabat-sejati2

Selalu bersedia untuk membantu

Macam kisah penulis tadi, ketika penulis memerlukan bantuan dia, dia akan selalu bersdia tanpa berfikir panjang. Adapun kadang tu dia tidak mampu untuk menunaikan permitaan kita tetapi dia akan berusaha juga untuk menunaikannya.

Tidak bersaing dengan kita

Ingat ya ersahabatan ini bukan tentang persaingan, ianya terjalin atas sebab kepercayaan dan setiakawan. Ketika kita mendapat kejayaan, dia akan turut merasa gembira bukan berasa cemburu.

Inilah 4 ciri-ciri teman sejati yang harus kita ketahui. Teman kita adalah cerminan diri kita, jadi jangan sampai kita salah memilih teman.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda