4 direman bantu siasatan UPSR bocor

Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman empat lelaki termasuk seorang guru besar dan dua guru bagi membantu siasatan berhubung kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Guru besar dan guru berkenaan daripada dua buah sekolah di Pulau Pinang manakala seorang lagi lelaki ialah ejen insurans.
UPSR 2014 bocor
Seksyen 8 (1) OSA menetapkan jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia dan berhubungan dengan atau digunakan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat, boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun.
Keempat-empat lelaki itu diwakili peguam Ester Tan Siew Choo yang berkata polis memohon perintah reman bagi tujuh hari tetapi majistret memberikan empat hari.

Berikutan kebocoran soalan kertas Sains 018, 028 dan 038 dan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 itu, hampir setengah juta calon UPSR perlu menduduki semula kedua-dua kertas itu pada 30 Sept.

Kongsi pendapat anda