4 Tips Semasa Banjir

Perasan tak dalam beberapa minggu ini kerap kali hujan? Mesti perasan kan. Ini bermaksud kita sudah semakin hampir dengan musim tengkujuh. Musim tengkujuh ni bukan macam musim di luar negara, ada musim salji, musim panas, musim bunga dan musim luruh semua tu.

Musim tengkujuh ialah apabila hujan turun sangat lebat sehingga berlarutan 3-5 hari. Adakalanya ia boleh mengakibatkan banjir dan lebih teruk lagi ialah banjir kilat.

tips-bajir-1

Musim tengkujuh kali ini ada kaitan dengan air pasang besar. Daerah-daerah di Selangor yang berada di persisiran pantai seperti Sepang, Kuala Langat, dan Klang akan mengalami limpahan air yang tinggi. Jadi berhati-hati ya.

Memandangkan rumah penulis agak hampir dengan pantai, ada beberapa tempat yang telah mula di masuki air. Jadi penulis ingin berkongsi tips semasa berlakunya banjir bagi mengelakkan kita mendapat sakit.

air-4

Sentiasa minum air yang telah di masak – Ini penting kerana mungkin sumber air utama telah dicemari oleh limpahan banjir. Eloklah jika kita masak dahulu air tersebut. Nak minum air di kedai juga boleh tetapi mahal la sikit. Hehe.

keperluan-harian

Makan makanan yang di masak sahaja – Elakkan daripada memakan makanan yang mentah seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran yang belum di masak. Bukan tak boleh makan terus, tetapi ketika banjir elok jika kita hindarinya dahulu.

cuci-tangan

Basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas – Ini bukan sahaja penting semasa banjir tetapi urusan seharian kita. Badan yang sihat bermula daripada penjagaan anggota badan yang bersih.

pegawai-kesihatan

Patuhi nasihat yang diberikan oleh anggota kesihatan – Dengar dan fahamkan betul-betul nasihat yang disampaikan oleh pegawai kesihatan. Ini kerana mereka lebih arif tentang isu kesihatan.

Cukuplah di sini dahulu. Nanti penulis akan sambung di entri yang lain.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda