5 orang tentera Zionist cedera dalam pertempuran di sempadan Gaza

Pada jam 9.46 pagi ini (waktu gaza) kerana takutkan tembakan pembidik tepat dan bedilan mortar daripada mujahidin, tentera Zionis menghalang rakyatnya daripada bekerja berdekatan dengan sempadan Gaza sepanjang jarak 3km.

Seramai 5 orang tentera Zionist juga telah tercedera dalam pertembungan di sempadan Gaza.

Gambar salah satu bangunan yang di bom

gambar bangunan yang terkena serangan jet pejuang. – sumber Aman Palestine

Jet pejuang tentera Zionis telah membedil sebuah bangunan yang bernama Burj Al-Jouhara dimana di dalamnya terdapat beberapa pejabat- pejabat akhbar dan media.

Angka kecederaan dan syahid semakin meningkat pada hari ke-11 peperangan yang sedang berlaku ini. Sama-sama kita doakan keselamatan penduduk Gaza dan sekitar, semoga peperangan ini akan cepat berlalu.

Kongsi pendapat anda