5 Tips Menangani Stres

Tekanan atau stress memang perkara yang biasa berlaku selagi mana kita bergelar manusia. Ada banyak faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan seperti masalah percintaan, keluarga, rakan-rakan, kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

stress

Justeru sekiranya kita menginginkan kehidupan yang gembira, kita haruslah bijak mengatasinya. InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress :

solat

Penuhkan solat di 5 waktu

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada 5 rukun Islam, dan salah satunya ialah solat 5 waktu sehari semalam. Solat ini adalah wajib untuk kita laksanakan kerana dengannya kita akan dapat merasai khusyuk dan tawadu’. Bukankah khusyuk dan tawadau’ itu satu ketenangan? Dengan adanya ketenangan kita akan dapat mengurangkan tekanan.

positive-thinking-for-men

Sentiasa berfikiran positif

Ramai orang cukup senang mengatakan “saya seorang yang positif” akan tetapi hakikatnya payah untuk dilaksanakan. Kita perlu kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik.

running in sunset

Lakukan senaman

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mengurangkan stress dan salah satunya adalah dengan melakukan senaman. Senaman ini boleh dilakukan seperti menaiki tangga, berjoging sebelum masuk kerja dan lain-lain. Cukup sekadar 3 kali dalam seminggu.

take-a-nap

Tidur sebentar (Qailullah)

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

reads the Koran

Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Apa yang perlu kita ingat bahawa, apabila kita stress, jangan kita hilang punca, jangan kita cepat berputus asa dan menbiarkan jiwa kita berkecamuk dengan biarkan jiwa kita terus kosong tanpa ada pengisian rohani yang sepatutnya.

Adakah anda selalu tertekan dan stress? Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.

Kongsikan pandangan anda.

Kongsi pendapat anda