5 warga Malaysia dijangkiti zika di Singapore

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita yang baru pulang dari Singapura sebagai kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia. Jumlah 5 warga Malaysia dijangkiti Zika di Singapura, kerajaan tiada perancangan untuk keluarkan ‘travel advisory.

Wanita dari Klang itu telah berkunjung ke Singapura pada 19 Ogos selama tiga hari dan mula menunjukkan tanda demam selepas seminggu. Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika.

Wanita berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buluh untuk pemeriksaan sejurus pulang ke Malaysia. Ujian air kencing ke atas mangsa mengesahkan dia dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Dr Subramaniam dalam satu sidang media hari ini berkata kementerian akan melupuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan mangsa

Kongsi pendapat anda