50,000 Berhimpun Bantah Kekejaman Zionis

Kira-kira 50,000 hadirin membanjiri Dataran Merdeka pada petang ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis di bawah bahang terik matahari. Pengerusi Viva Palestina Malaysia Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang membuat ucapan pembukaan pada perhimpunan itu mengutuk kekejaman Zionis yang menyerang tanpa peri kemanusiaan.

Semalam, Raja Abdullah dari Arab Saudi mengkritik tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa ekoran serangan agresif Israel, lapor Reuters. Beliau turut menyelar tentera yang dikatakan membunuh orang awam tidak berdosa.

“Sejak 66 tahun lalu warga Palestin berjuang mendapatkan semula apa yang dicuri ‎daripada mereka. Tanah, rumah, kampung dan apa yang penting kebebasan dan maruah diri mereka”

SAVEGAZA

Gambar dari FB Aqsa Syarif

Pelakon dan pengarah filem tempatan, Afdlin Shauki yang turut hadir pada perhimpunan itu berkata produk Israel pada hari ini sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia dan ia perlu dihentikan segera.

Katanya, rakyat Malaysia perlu mencari alternatif agar tidak terus menyumbang dengan melakukan pembelian untuk disalurkan kepada Israel.

#SAVEGAZA

Kongsi pendapat anda