Berhati-hati Di Jalan Raya

Hampir setiap hari kita mendengar perkhabaran tentang kemalangan, kematian, orang sakit, cedera dan lain-lain. Hari ini naik lagi satu berita di mana seorang pemandu bas meninggal dunia akibat kemalangan bas merempuh treler. Kejadian dikatakan berlaku di Ipoh.

i-love-allah

Penulis juga ada satu masa tu telah berlanggar dengan kereta BMW. Berpeluh jugalah nak bayar ganti rugi. BMW bukan kereta calang-calang. Tapi penulis usaha untuk bayar juga.

Keesokannya di hari yang lain, ada juga beberapa kali penulis hampir-hampir berlanggar dengan kereta, dengan lori, dan ada juga sesama penunggang motorsikal.

Tapi alhamdulillah masih lagi Allah s.w.t selamatkan penulis daripada segala bala musibah ini. Ini kerana ustaz penulis ada berpesan “kalau naik kenderaan tu, baca yang elok-elok, dengar yang elok-elok” terus berdesup nasihat ustaz ini masuk ke dalam hati penulis.

Jadi artikel kali ini penulis akan berkongsi tentang beberapa bacaan amalan ketika menaiki kenderaan :

  1. Sentiasa memperdengarkan ayat al-Quran ketika dalam kenderaan. Bukan tak boleh dengar lagu, tapi sesekali bukalah bacaan al-Quran atau nasihat-nasihat yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.
  2. Bagi penunggang motorsikal, eloklah baca surah-surah yang anda ingat. Baca banyak kali pun tidak mengapa.
  3. Bacalah zikir-zikir amalan harian. Penulis kalau naik motor mesti zikir Ya Razzaq (Maha Pemberi Rezeki) daripada menaiiki motorsikal sehinggalah sampai ke destinasi.

Setakat penulis amalkan beberapa nasihat ini. Alhamdulillah, jika ada kemalangan sekalipun, mungkin tidaklah teruk sangat. Yang penting sentiasa niatkan dalam diri segala urusan kita hanya untuk Allah s.w.t.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda