6 Finalis Gegar Vaganza 2016 Musim 3

Program realiti yang kian mendapat sambutan hangat daripada penonton, Gegar Vaganza 2016 musim ketiga akan menuju konsert akhir pada 4 Disember 2016. Enam penyanyi telah menempah tiket ke Final Gegar Vaganza 2016. 

Pada konsert separuh akhir minggu lalu menyaksikan penyanyi Nora telah tersingkir kerana mendapat markah terendah daripada juri profesional.

3-gv3

Nora mendendangkan lagu medley Sandiwara dan All I Ask serta duet bersama Aizat Amdan menerusi lagu berjudul Lagu Untukmu dendangan asal Meet Uncle Hussein.

Gegar Vaganza Astro 2016 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah menyaksikan seramai 12 peserta bertarung selama 8 episod dengan 6 sahaja yang berjaya ke final kali ini.

Penyanyi yang layak ke peringkat akhir

SENARAI FINALIS GEGAR VAGANZA 2016 MUSIM 3 :

  1. Ameng Spring
  2. Siti Sarah
  3. Zarul Umbrella
  4. Gmie Screen
  5. Intan Sarafina
  6. Azharina

JURI TETAP GEGAR VAGANZA 2016 MUSIM 3 :

  1. Datuk Ramli MS
  2. Datuk Khadijah Ibrahim

HADIAH BESERTA TROFI GEGAR VAGANZA 2016 MUSIM 3 :

  1. RM100,000 (Juara)
  2. RM50,000 (Naib Juara)
  3. RM30,000 (Ketiga)
  4. RM15,000 (Keempat)
  5. RM10,000 (Kelima)
  6. RM5,000 (Keenam)

SENARAI LAGU FINAL GEGAR VAGANZA 3

Pertandingan akhir GV3 dijadualkan Ahad ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Siapakah Juara Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga? Jom sama-sama kita saksikan.

2-gv3

Kongsi pendapat anda