6 Maut Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

Satu kebakaran yang berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam pesakit dan mencetuskan pemindahan ratusan yang lain pada kira-kira pukul 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Johor Baru Selatan, Sulaiman Salleh berkata setakat ini, enam mayat dijumpai. Terdapat 294 pesakit dirawat di bangunan hospital ini serta 193 kakitangan berada dalam bangunan ketika kejadian.

hospital-sultanah-aminah

Pesakit lain adalah sedang dalam proses dihantar ke hospital-hospital lain berdekatan Johor Bahru, terutamanya Hospital Sultan Ismail.

hospital-terbakar

hospital-johor-terbakar

Diminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini. Semoga keadaan ini dapat dikawal daripada merebak dan didoakan agar para pesakit dan warga HSAJB berada dalam keadaan selamat.

mangsa-kebakaran-hospital-sultan-aminah

Mangsa yang meninggal dunia melibatkan empat pesakit wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 50 tahun yang ditemui rentung dalam wad tersebut.

Kebakaran melibatkan tingkat dua bangunan hospital berkenaan namun ia tidak merebak ke aras lain. Bomba berdepan dengan kesukaran mengesan mangsa berikutan asap tebal termasuk untuk memadamkan kebakaran.

Siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan pendawaian dan polis bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah.

Kongsi pendapat anda