7 anak kapal bot tempur CB204 ditemui selamat

Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat. Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar) memaklumkan perkara itu dalam laman Twitter beliau pada 6.10 petang ini.

CB204

“Bot CB204: Lt Azri, Komander Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah,”

Beliau berkata komander bot itu Lt Azri Bakar membuat panggilan melalui radio untuk memaklumkan semua anak kapal CB204 berada dalam keadaan selamat.

Bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi semalam sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Syukur Alhamdulillah kesemuanya berada di dalam keadaan selamat.

Kongsi pendapat anda