7 Kuasa Sedekah

“Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung.” (HR Bukhari dan Muslim)

2-sedekah

Antara sebab kenapa kita perlu berniaga ialah kerana dengan berniaga, dengan keuntungan yang kita dapat, dengan kekayaan masa yang kita ada, kita dapat buat lebih pilihan. Pilihan untuk berbelanja termasuk untuk bersedekah, berzakat, berwaqaf dan sebagainya.

Penulis ingin kongsikan 7 Kuasa Sedekah untuk manfaat bersama. Sama-sama kita kongsikan ilmu bermanfaat ini untuk kebaikan bersama.

ubat

Ubat segala penyakit – Sedekah merupakan ubat segala penyakit. Sedekah boleh mengubati penyakit hati seperti dengki, sombong, kedekut, riak dan bongkak dengan harta yang dimiliki.

kawan

Menambah keakraban manusia – Kita dapat membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim, insan yang memerlukan seperti pembedahan dan sebagainya. Dengan bantuan anda mereka akan rasa lebih bersyukur dan berterima kasih.

5-sedekah

Menambah harta – Sedekah akan menambahkan harta kita bukan makin berkurang. Jadikan bersedekah sebagai amalan hidup anda. Tidak kiralah banyak atau sedikit asalkan anda mampu.

6

 

Menanamkan perasaan belas kasihan – Apa perasaan anda apabila melihat seorang ibu meriba anaknya yang kecil meminta sedekah di tepi jalan? Itulah yang Allah cuba lihatkan pada kita rasa bersyukur dan belas kasihan.

family

Harta lebih berkat – Dengan adanya keberkatan harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Tanpa keberkatan pula akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

happy family

Memanjangkan umur – Dari hadith riwayat Bukhari dapat kita simpulkan dengan bersedekah Allah akan memanjangkan umur seseorang, jauhkan dari mati dalam keadaan mengaibkan dan menghapuskan sifat sombong, riak dan takbur.

9-sedekah

Memudahkan urusan hidup – Jika kita tiada harta berdoalah semoga kehidupan mereka akan jadi lebih baik kerana doa juga merupakan sedekah. Dengan bersedekah yang ikhlas Insya Allah akan dilindungi dan dirahmati hidup kita sepanjang hari.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda