9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam

Kebanyakkan di antara kita banyak mendengar kisah-kisah tauladan, kisah dongeng, hikayat dan lain-lain. Tapi percaya tak, ramai anak-anak kita sekarang ini sudah tidak lagi mendengar kisah-kisah hebatnya Islam pada zaman dahulu.

Bahkan di pusat pengajian seperti sekolah, IPT, tadika dan lain-lain juga sudah tidak lagi memperdengarkan kisah-kisah ini kepada mereka. Yang ada kisah Sang Arnab & Kura-Kura, Si Tompok, Ali Pengawal Angkasa dan banyak lagi la. Semua cerita-cerita ni boleh je nak cerita asalkan adanya nilai-nilai moral.

Tapi Islam telah membuktikan sejarahnya 1500 tahun dahulu. Jadi hari ini penulis ingin bercerita tentang beberapa orang jeneral perang yang dianggap terhebat dalam sejarah kebangkitan Islam.

khalid-al-walid

1. Khalid ibn al-Walid (584 – 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dikenali sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus).

Beliau adalah salah satu daripada panglima-pangli­­ma perang penting yang belum pernah dikalahkan sepanjang kariernya.

muhammad-al-fateh

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, (Sang Penakluk). Kejaya­­annya dalam menakluk Kota Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya.

Beliau merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

salahuddin

3. Salahuddin Ayyubi (Saladin) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 – 4 Mac 1193)

Beliau adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr.

Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristian kerana kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang hebat dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al-Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Daud.

abu-ubaidah

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Beliau turut ikut berhijrah ke Habasyah (Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Beliau mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam.

Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar Al-Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Islam untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

saad

5.Sa’ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Baginda Muhammad saw.

Kepahlawanan Sa’ad bin Abi Waqqas tertulis ketika memimpin pasukan Islam melawan tentara Parsi di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

tariq-bin-ziyad

6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenali dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata).

Beliau adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan Islam atas wilayah Al-Andalus (Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M.

syurahbil

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Beliau adalah sahabat Baginda Muhammad saw. Beliau merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Ar-Rasyidin Abu Bakar dan Umar Al-Khattab.

Beliau merupakan salah satu komander utama selama penaklukan Islam di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

abdullah

8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin Othman bin Affan.

Beliau terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

amru

9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad saw dan kaum Muslim namun masuk beliau memeluk Islam bersama Khalid Al-Walid. 6 bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah saw menakluk kota Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Beliau adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.

Beliau adalah panglima perang yang menakluk kota Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Rom. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar Al-Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir.

Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjunjung Al-Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Inilah antara 9 orang jeneral perang terhebat dalam sejarah peperangan Islam.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda