Adab Kepada Guru

Adab kepada guru merupakan sesuatu yang mutlak dalam proses pendidikan, ini kerana keberkatan ilmu seseorang murid atau pelajar itu terletak kepada adabnya terhadap guru.

Akan tetapi sayang, kerana adab kesopanan kepada guru ini mulai hilang dan terhakis. Murid atau pelajar sudah semakin jauh dari sopan santun terhadap guru. Di sekolah-sekolah juga para murid atau pelajar sudah terbiasa mendahului dirinya berbanding gurunya. Mereka ini juga tidak malu untuk memperlihatkan perbuatan nakal di hadapan guru, menentang perintah guru serta mempermainkan guru tanpa rasa segan.

adab-guru

Boleh jika kita ingin menganggap guru itu sebagai teman, tapi kena ingat sopan santun pun tetap kita kena jaga. Adakah wajar jika seorang murid bercakap lantang kepada gurunya? Sungguh, perbuatan ini sungguh tidak beradab.

Disini penulis senaraikan beberapa adab terhadap guru mengikut Imam Al-Ghazali :

  1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
  2. Tidak terlalu banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
  4. Minta izin kepada guru dan tunggu sehingga diizinkan.
  5. Tidak menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap guru.
  6. Tidak mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
  7. Tidak berbual dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
  8. Sentiasa memberikan perhatian penuh semasa guru mengajar.
  9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
  10. Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
  11. Tidak membuat pelbagai pertanyaan setelah guru meninggalkan majlis.
  12. Tidak bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  13. Tidak ersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.

Ini adalah antara adab kita kepada guru kita. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada guru kita kerana tanpa mereka tiadalah kita sekarang ini.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda