Adam Beraksi Positif Di FIM CEV Repsol

DUA pelumba muda negara yang beraksi dengan pasukan SIC-Ajo mencatat keputusan memberangsangkan pada perlumbaan FIM CEV Repsol Moto3 di Albacete, Sepanyol, lewat Ahad malam.

Adam Norrodin menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 manakala Hafiza Rofa di tangga ke-25.

Adam memulakan perlumbaan di petak ke-27 ini berjaya mencatat keputusan yang sama ketika berluma di Le Mans sebelum ini.

Adam Norrodin

Adam Norrodin

Dengan keadaan litar yang licin dan kotor, Adam konsisten mengekalkan kedudukan terbaiknya itu sehingga tamat saingan.

Manakala Hafiza mencatat keputusan positif dengan menguasai kedudukan di tempat ke-25 biarpun hanya memulakan perlumbaan di petak ke-31 selepas gagal menamatkan aksi pada saingan di Catalonia sebelum ini.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung pada awal September ini di Navarra.

Kongsi pendapat anda