‘Adi Putra’ dan peminat di Majlis Raya Denaihati, Casa Ombak

Satu Malaysia sudah tahu tentang kisah yang tersebar di suratkhabar dan juga portal online. Kisah mengenai Adi Putra selepas meletop dengan watak Hero di Cinta Si Wedding Planner dan Lambaian Ramadan, dikatakan mengahwini seorang perempuan lain selepas isterinya yang pertama. Justeru, beliau menulis di instagram miliknya bahawa majlis sambutan hari raya dan ulangtahun peminatnya HARUS DIBATALKAN atas sebab yang tertentu.

Adiputra batal majlis

Terdahulu, satu majlis sambutan raya yang dinamakan Majlis Ceria Aidilfitri Denaihati Network & Adi Putra telah dirancang pada 17 Julai 2016 di Casa Ombak, KL. Namun, penarikan diri Adi Putra dari menghadiri majlis tersebut tidak menjejaskan sambutan majlis tersebut.

Pihak Denaihati Network memaklumkan majlis berjalan seperti biasa seperti yang telah dirancang. Peminat-peminat Adi Putra juga turut hadir memberikan sokongan di mana sebelum ini telah bersama di majlis Sarapan pagi bersama Adi Putra dan Mira Filzah dan juga IFTAR Denaihati Network, Adi Putra, AHB, eQurban dan Jopana bersama Blogger 1437

Wakil Asamboi mendapati majlis berjalan dengan meriah, kehadiran tetamu yang hadir tidak putus-putus sehingga jam 6 petang.

Adi Putra Denaihati Network Raya (2)

Adi Putra Denaihati Network Raya (8)

Adi Putra Denaihati Network Raya (7)

Adi Putra Denaihati Network Raya (10)

Seperti majlis yang ceria bersama penaja-penaja yang tetap memberikan sokongan seperti kek, photobooth, karaoke dan yang menariknya ada juga cabutan bertuah untuk pengunjung dan duit raya untuk anak-anak kecil.

Adi Putra Denaihati Network Raya (11)

CEO Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Husammuddin juga dilihat hadir, puluhan blogger, rakan bisnes dan juga mereka yang datang dari Fanpage Denaihati Network.

Adi Putra Denaihati Network Raya (9)

Adi Putra Denaihati Network Raya (4)

Adi Putra Denaihati Network Raya (6)

Adi Putra Denaihati Network Raya (3)

Adi Putra Denaihati Network Raya (5)

Seperti yang dilihat semalam, ramai tetamu yang hadir untuk berhari raya dan mengeratkan ukhuwah. Ada yang tidak pernah berjumpa di alam maya dan ada yang hadir dari pelbagai lokasi seperti Pulau Pinang dan Johor.

Sambutan ulangtahun peminat Adi Putra (1hotlovers) ke-5 juga dilakukan secara ringkas dengan acara memotong kek. Ini menunjukkan semangat dan sokongan kepada Adi Putra yang tidak berbelah bagi. Semua yang hadir amat ceria dan gembira walaupun Adi Putra tidak dapat hadir.

“Walaupun Adi Putra tidak dapat hadir, kami rasakan seolah-olah Adi Putra tetap bersama kami di Majlis Ceria Aidilfitri ini”. 

Tatkala lagu Tiada Kasih Tiada Cinta (ost AKu Terima Nikahnya) berkumandang, ramai di antara peminat-peminat Adi Putra yang menitiskan airmata, kenangan 5 tahun tertubuhnya kelab peminat yang menggelarkan mereka 1Hotlovers.

Adi Putra Denaihati Network Raya (14)

Adi Putra Denaihati Network Raya (12)

Adi Putra Denaihati Network Raya (13)

Sama-sama kita menunggu berita seterusnya daripada mereka yang terlibat di dalam kisah ini, mungkin memerlukan sedikit masa untuk menceritakan hal yang sebenar.

“Kita ada perancangan, Allah juga ada perancangan. Allah jua sebaik-baik perancang.”

Kepada semua juga pembaca, pihak Asamboi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Kongsi pendapat anda