Adi Putra “King of Love” dalam Cinta Si Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner kini menjadi trending di Malaysia. Rancangan yang keudara pada 6.58 petang di Slot Akasia TV3 bermula pada 30/12/2015 kini sudah mendapat tempat di hati peminat rancangan bersiri tersebut.

Gabungan lakonan Adi Putra dan Mira Filzah selalunya mencuit hati sehingga ada yang menggelarkan Adi Putra sebagai “King of Love”. Dahulunya popular dengan watak Jai dalam KL Gangster tetapi kini pelakon hebat ini membawa watak yang berlainan dalam drama bersiri.

Adi Putra Mira Filzah

Tonton Cinta Si Wedding Planner

Di laman sesawang Tonton juga, Cinta Si Wedding Planner menjadi pilihan utama penonton yang terlepas peluang menonton di televisyen.

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner (CSWP)

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua.

Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Cinta Si Wedding Planner 2016

Di atas permintaan hangat dan sambutan luarbiasa, kini Adi Putra dan Mira Filzah sedang dalam penggambaran Cinta Si Wedding Planner Raya. Sudah pasti ia akan menjadi rancangan hits tontonan ketika musim perayaan nanti.

Bagi yang ingin mengikuti kisah lanjut, boleh follow media sosial Adi Putra :

Twitter @ADPadiputra
Instagram @ ADPadiputra
Facebook @ADPadiputra
Youtube @ADPadiputra
http://facebook.com/ADPadiputra
https://www.facebook.com/ADY-Putra-Fanpage
https://www.instagram.com/adp1hotlovers

Kongsi pendapat anda