Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Kelantan daripada Barisan Nasional Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi, lapor portal berita Sinar Harian Online.

Sementara itu, Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan Zahidi meninggal dunia di China pagi tadi.

“Menerima berita sedih pagi ini daripada anakanda YB Datuk Haji Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor merangkap Ketua Umno Bahagian Tumpat beliau sudah kembali ke Rahmatullah pukul 5.45 pagi ini di Guangzhou China,” tulis Asyraf di akaun Facebooknya.

adun pengkalan kubur

“Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat ke atas rohnya, ampunkanlah segala dosanya, tempatkanlah beliau di di kalangan mereka yang yang beriman. Al-Fatihah,”

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada PKR dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru memperolehi 10,174 undi di kawasan N1 itu.

Calon PKR Saharun Ibrahim memperolehi 8,438 undi manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang deposit apabila hanya mendapat 65 undi.

Kongsi pendapat anda