ADUN Sungai Air Tawar Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Melihat wall Facebook milik beliau, aktivitinya bersama Grup Buku Karangkraf di Pejabat ADUN Sungai Air Tawar. YB Kamarol Zaki yang dikenali dengan ‘Cikgu Zaki’ itu mudah mesra rakyat dan dikenali oleh penduduk sekita Sungai Besar.

Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

Kongsi pendapat anda