Ahli Dewan Rakyat Berperang Mulut

Isnin lalu kecoh di Dewan Rakyat apabila beberapa orang wakil rakyat bertikam lidah atas perkataan yang disifatkan sebagai tidak senonoh oleh Timbalan Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyebut perkataan yang berbaur sinis terhadap ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.

datuk-tajudin

Kenyataan itu lantas mengundang reaksi dan kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang bangkit untuk menegur tindakan Datuk Seri Tajuddin dan mendesak supaya Timbalan Speaker mengambil tindakan dan meminta Datuk Seri Tajuddin menarik balik kenyataan berkenaan.

Namun tiada tindakan diambil ke atas wakil rakyat itu.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu ahli parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kemudian bangun dan memanggil Datuk Seri Tajuddin dengan perkataan kasar. Ia berbalas dengan Tajuddin mencabar Khalid agar keluar untuk menyelesaikan perkara itu secara bersemuka diluar parlimen jika berani.

khalid-samad

Kenyataan itu dikeluarkan ketika menjawab soalan tambahan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengenai usaha kerajaan bagi memartabatkan pengeluaran padi tempatan agar lebih bermutu daripada padi import.

Sebelum menjawab soalan berkenaan Datuk Seri Tajuddin menyimpang dan menyifatkan Himpunan BERSIH 5 telah mengganggu orang awam berikutan polis terpaksa menutup jalan sebelum Timbalan Speaker Datuk Roland Kiandee meminta Tajuddin agar menjawab soalan tambahan.

Kongsi pendapat anda