AirMaxx 360 Ride : Kanak-Kanak dari Malaysia Maut Tercampak

Seorang kanak-kanak perempuan dari Malaysia, 8 tahun dilapor maut di Australia selepas tercampak ketika menaiki permainan di Tapak Pesta Royal Adelaide Show. Menurut kenyataan Polis Australia Selatan, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu dilaporkan ke Australia bersama keluarganya.

Mangsa yang dirawat paramedik dan telah dibawa ke Hospital Adelaide, bagaimanapun, mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian. Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia berkata pihaknya sedang berusaha mendapat maklumat dengan Konsul Kehormat di Australia Selatan untuk membantu keluarga terbabit.

air maxx 360

Menurut Agensi Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan Australia Selatan, Safework SA,permainan berbentuk labah-labah gergasi 15 meter panjang itu beroperasi kali pertama akan ditutup sehingga siasatan selesai.

Kongsi pendapat anda