AJL 31 Anugerah Juara Lagu 22 Januari 2017

Siaran langsung malam kemuncak Anugerah Juara Lagu kali ke 31 kini berlangsung dari Dewan Merdeka, PWTC bermula pada jam 9.00 malam Ahad menerusi saluran TV3. Manakala acara karpet merah pula bermula pada awal jam 8.00 malam.  Anugerah Juara Lagu ke-31 kali ini mengangkat martabat penulis lirik melalui tema “Cerita Dalam Lagu”.

Malam berprestij AJL 31 akan diacarakan oleh barisan 4 pengacara antaranya adalah Fara Fauzana,  Sarimah Ibrahim, Fizi HotFm dan Awal Ashaari. Terdahulu, sebanyak 30 buah lagu telah bertanding pada Muzik Muzik 31 separuh akhir. Namun hanya 12 lagu sahaja yang terpilih dan layak bertanding di Anugerah Juara Lagu AJL 31.

Pemenang-pemenang Anugerah Juara Lagu bagi tahun-tahun yang lalu boleh dilihat di Koleksi Pemenang Anugerah Juara Lagu Sepanjang Zaman.

Senarai Barisan Pengacara Anugerah Juara Lagu AJL 31

Pengacara

  1. Fara Fauzana
  2. Sarimah Ibrahim
  3. Fizi HotFm
  4. Awal Ashaari

Pengacara Karpet Merah

  1. Nazim Othman

Senarai 12 Calon Finalis Lagu Anugerah Juara Lagu (AJL31)

  1. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah
  2. Terakhir – Sufian Suhaimi
  3. Sudah Ku Tahu – Projektor Band
  4. Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar
  5. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
  6. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
  7. Di Amaran Mama – Hazama
  8. Obses – Akim & The Majistret
  9. Setia – Faizal Tahir & Elizabeth Tan
  10. Kalah Dalam Menang – Mawi & Syamsul Yusof
  11. Hang Pi Mana – Khalifah
  12. Anugerah Terindah – Black

Keputusan Pemenang AJL 31 Anugerah Juara Lagu

  • Juara Lagu: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah (RM50,000 + Trofi )
  • Tempat Kedua: Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (RM35,000 + Trofi)
  • Tempat Ketiga: Sudah Ku Tahu – Projektor Band (RM20,000 + Trofi)
  • Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (RM12,000 + Trofi)
  • Persembahan terbaik: Hang Pi Mana – Khalifah (RM12,000 + Trofi)

Kongsi pendapat anda