Akhirnya wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar didedahkan

Akhirnya setelah hampir sedekad, wajah tertuduh di dalam kes pembunuhan Altantuya didedahkan. Selama ini mereka hadir ke mahkamah dengan keadaan bertutup muka sepenuhnya menyebabkan ramai yang tertanya-tanya akan wajah mereka yang disorokkan dalam masa yang cukup lama.

Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa lalu mengekalkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Wajah Sirul Azhar dan Azilah Hadri

Wajah Sirul Azhar dan Azilah Hadri (sumber PDRM)

Sementara itu, dilaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

“Australia opposes the death penalty. We oppose the death penalty for Australians at home and abroad”

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati. Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

Sydney Morning Herald Sirul Azhar

Menurut laporan, Sirul berada di luar negara sejak dua bulan lalu dan tidak mampu membayar kos untuk pulang ke tanah air. Sirul semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam mencetus kontroversi apabila mendakwa dipersalahkan demi “melindungi rancangan mereka”.

Apakah kesudahan kes berprofil tinggi ini?

Kes Altantuya : Setev Shaariibuu teruskan saman RM100 juta

Kongsi pendapat anda