Aksi Selfie Paling Bahaya Sambil Makan Pisang

AKSI selfie yang cukup menggerunkan melibatkan jurugambar Daniel Lau, Andrew Tso dan AS. Mereka naik ke puncak sebuah bangunan pencakar langit di Hong Kong setinggi 1,135 kaki untuk mengambil video pendek.

Permulaan rakaman video tersebut menunjukkan mereka sedang menikmati buah pisang dengan latarbelakang panorama bandar Hong Kong, kemudian mendedahkan kedudukan sebenar mereka yang berada di atas puncak bangunan itu.

Extreme selfie by Daniel Lau

Trend merakam aksi selfie secara ekstrim semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan lalu dengan aksi memanjat bangunan tinggi, kren dan kawasan pembinaan untuk merakam gambar dan menyiarkannya di Internet.

Mereka melakukannya tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan!

Diharap tiada antara kita yang melakukan aksi berani mati seperti ini. Hargailah nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita semua.
 

Kongsi pendapat anda