Alexis Sanchez Ke Arsenal

Alexis Sanchez bersetuju untuk berhijrah ke Arsenal dari Barcelona dengan menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal.

Bintang kebangsaan Chile berusia 25 tahun itu menjalani pemeriksaan perubatannya di London pada Khamis.

Alexis Sanchez ke Arsenal

Alexis Sanchez ke Arsenal

Beliau akan menyertai pasukan baharunya pada hujung bulan ini.

Bekas pemain Barcelona itu akan berehat beberapa minggu selepas beraksi pada Piala Dunia.

Sanchez akan membuat kemunculan pertama di Stadium Emirates pada 2-3 Ogos depan.

Nilai perpindahannya dipercayai sekitar 30 juta pound (RM163.3 juta).

Dikhabarkan juga The Gunners turut membawa masuk pemain pertahanan Perancis, Mathieu Debuchy dari Newcastle untuk memperkukuhkan jenteranya pada musim ini.

Kongsi pendapat anda