Allah Tidak Perlukan Puasamu

Hari Khamis adalah antara hari yang disunatkan untuk berpuasa.

Namun, puasa di sisi Islam bukanlah hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum semata-mata.

حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ‏”‏‏.‏

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Nabi (ﷺ) berkata, “Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan palsu dan tindakan jahat, Allah tidak mengharapkan kepada dia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu Allah tidak akan menerima puasanya).”

– Sahih al-Bukhari

menipu

Memperkatakan sesuatu yang tidak benar, atau menipu, adalah amat dilarang di dalam Islam.

Dari hadis di atas, ternyata puasa yang sebenar-benarnya adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang tidak baik, baik dari segi percakapan mahupun perbuatan.

Semoga puasa dan kepayahan kita berlapar tidak menjadi sia-sia.

berlawan

Tahan diri daripada berlawan, terutama jika anda berpuasa.

 

Kongsi pendapat anda