Amar Dan Amyra Kini Bergelar Suami Isteri

Pasti semua pembaca terpinga-pinga kan dengan tajuk di atas kan?. Tajuk diatas tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak ya. Dan tidak ada kaitan juga dengan sindiran, hasutan dan lain-lain. Harap maklum. Hehe.

amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pelakon terkenal tanah air Amar Bahrin (31) dan Amyra Rosli (25) yang telah sah bergelar suami isteri pada Jumaat yang lalu. Ramai betul sekarang orang kahwin ya, memang masing-masing berpakat ke? Hehe.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu itu dinikahkan bapa Amyra sendiri iaitu Encik Rosli Awang, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Tahniah Encik Rosli dan keluarga kerana membesarkan anak dengan baik.

Amyra menerima mas kahwin sebanyak RM 1,111 berserta 5 dulang hantaran berbalas 7 kepada Amar. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan majlis sambut menantu pada 19 November ini.

Bagi yang terlepas foto-foto mereka boleh lihat di sini.

amyra-rosli amar-bahrin 5-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul 4-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul 1-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul 2-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul 3-amar-baharin-amyra-rosli-selamat-diijabkabul

Kongsi pendapat anda