Amukan Api Di Israel

Umum diketahui, sejak 2-3 hari ini negara Israel telah mengalami satu kebakaran besar dan menyebabkan berpuluh ribu penduduknya terpaksa mengosongkan utara Israel dengan kadar segera.

1-kebakaran-di-israel

Proses pemadaman api kini menjadi lebih sukar kerana terdapatnya tiupan angin yang semakin menyemarakkan kawasan tersebut. Sehingga hari ini, kebakaran itu masih belum dapat dikawal.

Jurucakap Majlis Bandaraya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada kira-kira 250,000 penduduk sudah dipindahkan.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld pula berkata, penduduk di kawasan empat kejiranan diarah berpindah susulan enam kebakaran dan empat pusat pemindahan sudah disediakan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam memohon bantuan empat negara iaitu Greece, Croatia, Cyprus dan Turki bagi menghantar pesawat pemadam api untuk membantu memadam kebakaran yang semakin merebak di negara itu.

2-israel-terbakar 3-israel-tebakar 4-israel-terbakar

Kongsi pendapat anda