Anda pengguna android? Ketahui kenapa data anda tidak selamat.

Hanya dengan membuat factory reset tidak akan membantu anda untuk memastikan semua data dalam telefon anda telah dipadam. Avast melaporkan, mereka telah berjaya mendapatkan lebih 40,000 gambar yang telah dipadam dalam 20 telefon android terpakai yang mereka beli dari eBay.

Data tidak selamat dengan telefon pintar

Langkah terbaik untuk mengelakkan daripada data tersebut boleh diperolehi semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah dengan menggantikan data yang telah dipadam dengan data lain. Ini akan menyebabkan data lama sukar untuk diperolehi semula.

Berbeza dengan pengguna iPhone, proses untuk mendapatkan semula data adalah lebih rumit. Namun anda masih boleh melakukan perkara yang sama untuk memastikan tiada data sensitif yang jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kongsi pendapat anda