Apa Yang Anda Beri, Itu Yang Anda Dapat

Baru-baru ini heboh tentang satu kempen #freefuelforneedy yang mana kempen ini menceriakan hari bagi pengguna motorsikal tanpa mengira berkuasa tinggi atau rendah.

Manakan tidak kesemua penunggang ini dapat minyak petrol percuma. Ada tu sampai kena berbaris panjang untuk mengisi minyak. Kempen ini sebenarnya dimulakan oleh Puan Monaliza (Kak Mona) di Kelantan yang mana beliau ingin berkongsi sedikit lebihan rezeki bersama dengan sekumpulan penunggang motorsikal dengan cara beliau memberikan petrol secara percuma.

petrol-1

Kemudian kempen ini disambut baik oleh Cikgu Ghani (Kedah) yang turut berkongsi lebihan rezeki. Dan hari ini ada pula kisah tentang Abam Peah (Kelantan) yang mana beliau turut bersama-sama menyertai kempen ini.

Allahu Akbar, Allah Maha Besar. Benarlah rezeki Allah s.w.t itu luas. Bayangkan dengan kempen yang tidak seberapa ini, mereka mampu menceriakan orang lain.

logo-petronas

Kita tak tahu apa yang di alami oleh orang lain, mungkin tika itu memang ada diantara mereka yang memang tiada duit untuk isi minyak, atau mungkin yang belum gaji, atau mungkin yang hanya ada duit untuk cukup-cukup makan.

Tetapi insan ini hadir dengan izin Allah s.w.t dan memberikan petrol secara percuma untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sebenarnya memang ada orang yang lebih susah di luar sana yang memang perlukan kita. Cuma kita sahaja perlu bertindak segera. Mungkin kita tidak mampu memberikan sedekah seperti mereka kerana menelan belanja yang tinggi tetapi ada juga cara lain seperti memberikan makanan atau buahan pada setiap hari Jumaat atau membayarkan makan minum orang lain di kedai dan lain-lain.

logo-caltex

Semoga amalan ini disambut baik oleh semua masyarakat dan yakinlah rezeki Allah s.w.t akan hadir tanpa disangka-sangka kerana Allah s.w.t itu Maha Pemberi Rezeki.

logo-esso logo-shell

Kongsi pendapat anda