Apple akhirnya mengalah, terpaksa mengikut trend telefon skrin saiz lebih besar

Apple akhirnya mengumumkan rangkaian terbaru iPhone mereka iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 plus. Dua model terbaru ini menampakkan perbezaan dari segi saiz telefon mereka. Jika sebelum ini Apple dan para peminat mereka menyatakan saiz iPhone sebelum ini adalah terbaik, nampaknya mereka terpaksa mengikut trend terkini dengan mengeluarkan telefon berskrin lebih besar.

iPhone 6 dengan dua saiz skrin

Ini merupakan langkah bijak daripada pihak Apple untuk memastikan produk mereka boleh bersaing di pasaran yang penuh dengan pelbagai model dengan fungsi yang baik. Dua model iPhone 6 ini mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan 5.5 inci.

Pasti ramai peminat-peminat Apple tidak sabar-sabar untuk mendapatkan model terbaru iPhone 6 ini. Ianya akan mula berada di pasaran bermula 19 September ini, yang pasti pasaran Malaysia akan menerima telefon ini lebih lewat.

Namun begitu, jangan hampa, kerana anda masih boleh mendapatkannya dari negara jiran Singapura.

Kongsi pendapat anda