Arsenal layak ke Champions League kali ke 17

Jaringan tunggal bintang Chile, Alexis Sanchez di akhir separuh masa pertama sudah memadai untuk Arsenal layak ke pusingan peringkat kumpulan Champions League selepas menang tipis 1-0 ke atas kelab Turki, Besiktas di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Arsenal berjaya melepasi halangan ini dengan beraksi berbekal 10 pemain – seperti pada perlawanan pertama – apabila Mathieu Debuchy dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada babak kedua. Pada pusingan pertama di Turki Ramsey juga dilayangkan kad merah setelah mendapat kad kuning ke dua.

Arsenal layak atas kemenangan agregat 1-0 selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan play-off pertama.

Sementara itu, wakil Sepanyol, Athletic Bilbao turut mara selepas bangkit untuk menewaskan Napoli 3-1 untuk layak 4-2 atas agregat.

Alexis Sanchez

KEPUTUSAN Play-off perlawanan kedua Liga Juara-Juara

Arsenal (England) 1- 0 Besiktas (Turki), Arsenal layak agregat 1-0

Athletic Bilbao (Sepanyol) 3 – 1 Napoli (Itali), Athletic Bilbao layak agregat 4-2

Bayer Leverkusen (Jerman) 4 – 0 FC Copenhagen (Denmark), Bayer Leverkusen layak agregat 7-2

Ludogorets (Bulgaria) 1 – 0 Steaua Bucharest (Romania); 1-1 agregat, Ludogorets layak penalti 6-5

 Malmo (Sweden) 3 – 0 Salzburg (Austria), Malmo layak agregat 4-2

Kongsi pendapat anda