Astro Best Rai Musim Cuti Sekolah Dengan Edisi Filem Kartun Popular

Musim cuti sekolah bakal tiba dan pastinya ramai kanak-kanak tidak sabar untuk menikmati waktu senggang mereka dengan pelbagai aktiviti yang menghiburkan. Bagi meraikan cuti sekolah yang akan bermula pada 11 – 19 Mac 2016 ini, lima buah filem kartun popular iaitu The Good Dinosaur, The Peanuts Movie, Alvin and the Chipmunks – ‘The Squeakquel’, Alvin and the Chipmunks- ‘Chipwrecked and Road Chip’ dan Inside Out akan ditayangkan di Astro Best (saluran 481) bermula dari 4 Mac 2016 lalu sehingga 9 Mei 2016.

Pelanggan boleh turut melanggan filem-filem ini menerusi Astro Best On Demand (OD Store). Berikut merupakan info lanjut mengenai lima buah filem kartun tersebut:

The Good Dinosaur

Tarikh tayangan          : 4 – 17 Mac 2016

Arlo, seekor anak dinasour terpisah dengan keluarganya akibat dihanyutkan oleh arus banjir yang deras dan menyebabkan beberapa kecederaan di badan beliau. Dalam ketakutan, beliau bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang ceria dan baik hati bernama Spot. Spot bersahabat dengan Arlo dan menawarkan diri untuk membantu Arlo mencari jalan pulang. Pelbagai peristiwa menarik dan melucukan yang mereka tempuhi bersama dalam penggembaraan untuk menyatukan Arlo dengan keluarga tercintanya.

The good dinasour Astro

The Peanuts Movie

Tarikh tayangan          : 8 Mac – 9 Mei 2016

Charlie Brown merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berfikiran positif dan sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya. Pada suatu hari, seorang gadis berambut perang berpindah ke kawasan kediaman Charlie dan beliau cuba mencuri perhatian gadis itu. Sahabatnya, Snoopy dan Peanuts sentiasa bersama Charlie dan mereka saling membantu dalam setiap perkara yang dihadapi.

The Peanut Movie Astro

Alvin and the Chipmunks- The Squeakquel

Tarikh tayangan          : 25 Mac – 14 April 2016

David Seville menghantar Alvin dan dua rakannya, Simon dan Theodore ke sebuah sekolah untuk kembali belajar. Sementara itu Ian Hawke yang gagal mendapatkan Alvin and the Chipmunks berusaha mencari bakat baru yang mampu menyanyi dan menari dengan baik seperti Alvin dan rakan-rakannya. Pencarian Ian berakhir ketika apabila beliau menemukan The Chipettes yang dianggotai oleh Brittany, Jeanette dan Eleanor. Ian merancang untuk menjadikan The Chipettes bintang terkenal seperti kumpulan Alvin and the Chipmunks.

Alvin & The Chipmunks Astro

Alvin and the Chipmunks- Chipwrecked and Road Chip

Tarikh tayangan          : 25 Mac – 14 April 2016

Dave merancang untuk melamar kekasihnya dan untuk itu, beliau harus mendapatkan persetujuaan daripada chipmunknya iaitu Alvin, Simon dan Theodore. Ketiga-tiga mereka beranggapan Dave akan mengabaikan mereka jika Tuannya itu berkahwin dengan kekasih hatinya. Oleh itu, Alvin, Simon dan Theodore ke New York untuk menjalankan misi menghalang lamaran Dave kepada kekasihnya.

Alvin & The Chipmunks Astro

Inside Out

Tarikh tayangan          : 8 Mac – 31 Mac 2016

Riley, seorang gadis berusia 11 tahun memiliki lima emosi di dalam fikirannya iaitu Joy, Fear, Anger, Disgust dan Sadness. Kelima-lima emosi ini menguasai fikian Riley dan mengendali kehidupan sehariannya. Keadaan menjadi rumit apabila Riley berpindah ke San Fransisco dan beliau harus berusaha keras untuk mengadaptasi dirinya dengan kehidupan baru di kota itu.

Inside Out Astro

Selamat cuti sekolah!

Kongsi pendapat anda