Atletico Julang Piala Super Sepanyol

GOl tunggal penyerang Mario Mandzukic membolehkan Atletico Madrid menewaskan Real Madrid pada aksi pusingan kedua Piala Super Sepanyol dengan agregat kemenangan 2-1.
Atletico menang 1-0 pada pertemuan kedua di Stadium Vicente Calderon, Madrid, Sepanyol, awal pagi Sabtu.

Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Atletico Julang Piala Super Sepanyol

Mandzukic melakukan rembatan kencang yang gagal ditampan penjaga gol Real, Iker Casillas selepas memanfaatkan hantaran yang dilakukan oleh pemain tengah Antoine Griezmann.

Pemain Atletico Madrid bergambar bersama trofi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid dengan agregat kemenangan 2-1.
Atletico bermula cemerlang dengan melakukan dua serangan pada babak pertama.

Pendatang baharu Real, James Rodriguez memulakan permainan di posisi sayap kiri manakala pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo direhatkan dibangku simpanan bersama penjaga gol baharu, Keylor Navas.

Real bangkit untuk memberikan asakan menerusi rembatan Rodriguez pada minit ke-25 tetapi tersasar.
Perlawanan Piala Super Sepanyol merupakan pertembungan yang diadakan sebelum permulaan kempen La Liga diantara juara Liga – Atletico (tahun ini) dan juara Copa del Rey tahun lalu – Real Madrid.

Kongsi pendapat anda